Sesi Libat Urus Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing bagi Sektor Agrikomoditi

14 FEBRUARI 2023 | PUTRAJAYA

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah mengadakan Sesi Libat Urus Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing bagi Sektor Agrikomoditi bersama pihak pemain industri bertempat di Hotel Everly, Putrajaya.

Program yang melibatkan penyertaan lebih 100 peserta ini turut dihadiri serta dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan), YBrs. Encik Abdul Hadi Omar. Sesi libat urus seumpama ini merupakan usaha berterusan KPK bagi memberi ruang kepada pemain industri di sektor agrikomoditi untuk berinteraksi dengan pihak Kerajaan.

Para penceramah terdiri daripada wakil Kementerian Sumber Manusia (KSM), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Pihak Kementerian juga turut menjemput Syarikat Bestinet dan Fomema sebagai panel penceramah dalam sesi libat urus ini.