Sesi Dialog Industri Agromakanan dan Taklimat Khas Penggajian Pekerja Asing Sektor Pertanian
15 Februari 2023 | Putrajaya

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) telah mengadakan Sesi Dialog Industri Agromakanan dan Taklimat Khas Penggajian Pekerja Asing Sektor Pertanian bertempat di Dewan Serbaguna MAFS, Putrajaya pagi ini.

Encik Mohd Shahril Fitri bin Hashim selaku Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat FOMEMA Sdn. Bhd. telah dijemput sebagai panel penceramah dalam sesi dialog ini untuk memberikan keterangan maklumat yang terkini mengenai pengurusan pekerja asing kepada pemain industri sektor pertanian.