What’s Happening at FOMEMA Uncategorized January 12, 2023 admin Hari Bersama Pelanggan FOMEMACameron Highlands January 12, 2023 Syarikat FOMEMA Sdn. Bhd. telah menganjurkan ‘‘Hari Bersama Pelanggan” pada 15 Februari 2023 dengan kerjasama Persatuan Pekebun Bunga dan Sayur Cameron Highlands, Pejabat Imigresen Cameron Highlands , Jabatan Tenaga Kerja Perak, dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Cameron Highlands PKD Cameron Highlands . Program ini bertujuan meningkatkan hubungan baik dengan pihak berkepentingan, berkongsi maklumat terkini berkenaan saringan pemeriksaan perubatan pekerja asing yang lebih komprehensif serta prosedur-prosedur terkini daripada agensi-agensi kerajaan yang menguruskan hal ehwal pekerja asing.Bertempat di Hotel Zenith, Cameron Highlands, Pahang, seramai 89 majikan telah menghadiri program ini yang terdiri daripada Pertubuhan Pekebun-Pekebun Melayu, Pertubuhan Pengusaha Bunga-Bungaan, Pertubuhan Pekebun-Pekebun India, dan Pertubuhan Pekebun-Pekebun Sayur-Sayuran Cameron Highlands.Program yang julung kalinya berlangsung di Cameron Highlands, Pahang telah disempurnakan oleh Encik Mohammad Azmil Bin Omar, Pengurus Bahagian Komunikasi Kreatif dan Strategik FOMEMA Sdn. Bhd. dan YBhg. Tuan Haji Razelan Bin Rozali, selaku Timbalan Pengerusi Pertubuhan Pekebun-Pekebun Melayu Cameron Highlands. Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Pengusaha Bunga-Bungaan, YBrs. Encik Lee Peng Fo, Ybrs. Encik Chai Yen Hua mewakili Pengerusi Pertubuhan Pekebun-Pekebun Sayur-Sayuran dan Ybrs. Puan Kavelyvilli Kumaran mewakili Pengerusi Pertubuhan Pekebun-Pekebun India Cameron Highlands, Pahang.Dalam sesi taklimat ini , wakil daripada agensi kerajaan dan pihak FOMEMA telah membincangkan isu-isu berkaitan Pekerja Asing kepada para majikan yang hadir untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai garis panduan pemeriksaan perubatan FOMEMA. Antara tajuk pembentangan yang disampaikan adalah, Prosedur Baharu Dalam Proses Rayuan dan Semakan Semula, Peranan FOMEMA dalam Mengendalikan Pemeriksaan Kesihatan Pekerja Asing, Pemeriksaan X-Ray FOMEMA dan juga sesi taklimat dari Jabatan Imigresen, Jabatan Tenaga Kerja Tapah dan Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands.Puan Firdauzh Binti Hashim mewakili Jabatan Tenaga Kerja Tapah telah memberi taklimat mengenai Penguatkasaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990.Seterusnya, 3 orang panel dari Pegawai Kesihatan Daerah, Cameron Highlands iaitu Encik Mohd Khairthir Bin Mohd Samsudin, Encik Nik Muhammad Abdul Aziz Bin Nik Jaafar dan Encik Mohd Solahuddin Bin Ramli telah memberi taklimat mengenai Malaria & Filariasis, Penyakit TIBI dan Hepatitis B.Akhir sekali, taklimat daripada Jabatan Imigresen Cameron Highlands oleh Encik Mohd Syaqil Bin Hanafi telah memberi penerangan mengenai Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 kepada para majikan yang hadir.Rata-rata majikan yang hadir amat berpuas hati dengan program yang dianjurkan ini kerana memberi peluang kepada mereka berinteraksi secara langsung kepada wakil-wakil agensi kerajaan, selain mendapatkan informasi terkini daripada FOMEMA tentang Pemeriksaan Kesihatan Pekerja Asing.Diharapkan melalui program ini dapat memperkasakan hubungan interaksi di antara majikan, FOMEMA dan agensi-agensi kerajaan serta dapat memberi pemahaman kepada majikan terhadap pengurusan Pekerja Asing.